


Matahari
Muka Adelia kemerah-merahan kerana berdiri terlalu lama di bawah terik matahari.
Pesuruhjaya
Pesuruhjaya negara ASEAN sedang bermesyuarat di sebuah hotel ternama.

Suruhanjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti beberapa orang pelaku rasuah.
Beritahu
Ibu beritahu Aidil supaya supaya makan dahulu sebelum keluar.

Setiausaha
Setiausaha badminton sedang menyiapkan laporan mesyuarat di ruangannya.
Kakitangan
Kakitangan syarikat itu menerima bonus pada bulan ini.

Sukarela
Alia menawarkan dirinya secara sukarela untuk membantu anak-anak yatim.
Tanggungjawab
Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab semua.

Tandatangan
Amir meminta tandatangan bapanya untuk mengisi surat kebenaran lawatan ke luar sekolah
Warganegara
Setiap warganegara Malaysia perlu memiliki kad pengenalan diri sebagai identiti.

Bumiputera
Permohonan bantuan sara diri itu hanya terbuka untuk golongan bumiputera sahaja.
Kerjasama
Kerjasama antara guru dan ibu bapa amat penting dalam menjaga perhubungan sekolah.

Jawatankuasa
Semua ahli jawatankuasa kelab bola baling dikehendaki menghadiri mesyuarat pada pukul 3 petang.
Olahraga
Ahmad menarik diri daripada mewakili pasukan olahraga sekolah.